Penyebaran Identiti Kanak-Kanak Boleh Dihukum Penjara Lima Tahun Atau Denda RM10,000

LocalFamily & Parenting
8 Jul 2026 • 6:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

jkm ft

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius terhadap tindakan menularkan gambar, video, mahupun maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak di media sosial atau platform komunikasi digital.

Peringatan tegas ini dikeluarkan susulan berlakunya insiden melibatkan murid di sebuah sekolah yang tular dalam kalangan masyarakat baru-baru ini.

JKM pfp

Orang ramai, pengguna media sosial, serta pengamal media diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman identiti mana-mana kanak-kanak dalam sesuatu kes, sama ada mereka bertindak sebagai mangsa, saksi, ataupun pihak yang disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah.

Artikel berkaitan: Malaysia Catat Kejayaan Di PBB, Dato’ Yasmeen Dipilih Ke Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Artikel berkaitan: JKM Nafi Dakwaan Tular Isu Penempatan Kanak-Kanak, Tegaskan Tiada Penglibatan Rasmi

Perbuatan mendedahkan maklumat peribadi seperti nama, gambar, alamat, mahupun institusi pendidikan adalah bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

jkm gh

Pihak yang disabitkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang ini boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM10,000, hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Selain melanggar undang-undang, pendedahan identiti ini memberikan impak buruk yang berpanjangan terhadap keselamatan, maruah, perkembangan, emosi, serta proses pemulihan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, JKM menggesa masyarakat agar menghentikan sebarang penyebaran kandungan sedemikian, menghormati hak privasi, dan menggunakan media sosial secara beretika serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sumber: Gambar Hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved