Penyelesaian negara Palestin, Israel semakin mustahil

WorldPolitics
9 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penyelesaian negara Palestin, Israel semakin mustahil

DUBAI: Kegagalan mencapai kemajuan di Gaza, ditambah de­ngan peningkatan keganasan di Tebing Barat boleh menyebabkan usaha merealisasikan penyelesaian dua negara iaitu Palestin dan Israel menjadi semakin sukar.

Pegawai kanan Lembaga Keamanan Gaza, Nickolay Mla­denov berkata, perkembangan semasa di kedua-dua wilayah Palestin menunjukkan tiada ‘ruang’ yang boleh dipercayai ke arah penyelesaian politik untuk konflik berkenaan.

“Jika keadaan di Gaza berte­rusan seperti sekarang atau gagal bergerak ke arah pelaksa­naan pelan komprehensif yang kita ada, penyelesaian dua negara secara praktikal akan menjadi mustahil,” katanya ketika berucap pada Forum Hili di Abu Dhabi, kelmarin.

Mladenov yang bertanggungjawab melaksanakan pelan gencatan senjata berkata, lebih 50 peratus wilayah Gaza kini berada di bawah kawalan tentera Israel. Hamas turut menguasai kurang 50 peratus wilayah ber­kenaan.

“Dengan segala yang berlaku di Tebing Barat, tiada ruang yang boleh dipercayai untuk bergerak ke arah penyelesaian politik konflik ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mengembalikan prospek penyelesaian dua negara memerlukan pembentukan pentadbiran peralihan, pelucutan senjata dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Sementara itu, pelan hala tuju yang dipersetujui Hamas pada 30 Julai menetapkan proses pelucutan senjata akan dipantau Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).

Pasukan itu merupakan unit baharu yang dijangka ditempatkan di Gaza sekiranya keadaan kembali reda dan diketuai Mejar Jeneral AS, Jasper Jeffers.

Sebagai tindak balas terhadap kenyataan Mladenov, Hamas menggesa utusan berkenaan supaya meneruskan usaha pembinaan semula Gaza.

“Kami menggesa Mladenov melaksanakan peranannya dengan mendesak Israel mematuhi apa yang dipersetujui,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem.

Hamas sebelum ini berjanji untuk menyerahkan senjatanya kepada pentadbiran Palestin yang baharu. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagaimanapun mempersoalkan rancangan itu, manakala Pre­siden AS, Donald Trump, menyi­fatkannya sebagai satu perkembangan penting.

Tebing Barat yang diduduki turut menyaksikan peningkatan keganasan sejak tercetusnya perang di Gaza pada  7 Oktober 2023.

Gencatan senjata antara Hamas dengan Israel kemudian dimeterai pada Oktober 2025.

Lebih 500,000 rakyat Israel kini menetap di penempatan haram di wilayah itu, yang dihuni kira-kira tiga juta rakyat Palestin. – AGENSI

 

The post Penyelesaian negara Palestin, Israel semakin mustahil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved