Penyeluk saku Kampung Morten dicekup

3 Sep 2026 • 4:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyeluk saku Kampung Morten dicekup

MELAKA – Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian seluk saku di Kampung Morten yang tular menerusi media sosial Threads, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 2.06 pagi hari ini daripada mangsa, iaitu seorang wanita tempatan berumur lingkungan 20-an selepas dikesan pihaknya menerusi media sosial berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu mendapat perhatian, selepas satu hantaran berkaitan dikongsikan di media sosial.

“Berdasarkan rakaman video yang tular, seorang lelaki dipercayai mengambil telefon bimbit milik seorang wanita secara pickpocket sebelum berpura-pura membantu mencari telefon berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Halim berkata selepas telefon tersebut ditemukan, lelaki berkenaan dipercayai meminta wang RM200 sebagai ‘duit kopi’ sebelum meninggalkan lokasi.

Beliau berkata hantaran itu kemudiannya tular di media sosial Threads dan menerima kira-kira 1,800 tanda suka, 181 komen, 916 perkongsian semula dan 1,400 perkongsian.

“Suspek berumur lingkungan 30-an dan mempunyai 13 rekod kesalahan lampau, iaitu satu kes jenayah dan 12 kes berkaitan dadah.

“Semakan lanjut mendapati suspek pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan hasil ujian air kencing didapati positif,” katanya.
Halim berkata suspek direman tiga hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan. – Bernama

The post Penyeluk saku Kampung Morten dicekup appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved