Penyenaraian Mi Material di Singapura semakin hampir selepas prospektus akhir didaftarkan - Mi Technovation

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 12:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Penyenaraian Mi Material di Singapura semakin hampir selepas prospektus akhir didaftarkan - Mi Technovation Image from: Penyenaraian Mi Material di Singapura semakin hampir selepas prospektus akhir didaftarkan - Mi Technovation johardy19/10/2026 - 12:55 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Okt - Mi Technovation Berhad semakin hampir menyenaraikan perniagaan bahan semikonduktornya di Singapura selepas anak syarikatnya, Mi Material, mendaftarkan prospektus akhir dengan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) hari ini.

 

Cadangan penyenaraian itu melibatkan anak-anak syarikat Mi Technovation dalam segmen bahan semikonduktor di Pasaran Utama Bursa Singapura (SGX-ST).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Mi Technovation berkata, prospektus akhir bagi cadangan penyenaraian itu telah didaftarkan dengan MAS pada 19 Oktober 2026.

 

Prospektus berkenaan kini boleh diakses oleh orang ramai menerusi laman web Offers and Prospectuses Electronic Repository and Access (OPERA) yang dikendalikan MAS.

 

Pendaftaran prospektus akhir itu merupakan perkembangan terbaharu dalam proses cadangan penyenaraian Mi Material yang telah diumumkan oleh Mi Technovation sejak 2 Mac 2026.

 

Sejak itu, syarikat berkenaan mengeluarkan beberapa pengumuman susulan pada Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober 2026 berkaitan cadangan penyenaraian tersebut.

 

Pemegang saham layak menerima saham Mi Material

Berdasarkan pemakluman terdahulu kepada Bursa Malaysia, cadangan penyenaraian itu turut melibatkan pengagihan dividen dalam bentuk saham Mi Material kepada pemegang saham Mi Technovation yang layak.

 

Pengagihan itu ditetapkan pada nisbah satu saham Mi Material bagi setiap 100 saham Mi Technovation yang dimiliki, dengan tarikh penentuan kelayakan pada 12 Oktober 2026.

 

Bagaimanapun Mi Technovation menegaskan, pendaftaran prospektus akhir dengan MAS tidak boleh dianggap sebagai petunjuk mengenai merit cadangan penyenaraian, Mi Material, anak-anak syarikatnya atau saham Mi Material.

 

Syarikat itu turut menasihatkan pemegang saham dan bakal pelabur supaya berhati-hati ketika berurus niaga dalam sekuriti Mi Technovation serta mendapatkan nasihat profesional yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan pelaburan mereka.

 

Pengumuman itu dibuat oleh CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd bagi pihak lembaga pengarah Mi Technovation. — DagangNews.com

 

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved