Penyiasat Paranormal Terkemuka Meninggal Dunia Secara Misteri Ketika Jelajah Bersama Patung Annabelle

17 Jul 2025 • 10:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dunia paranormal dikejutkan dengan berita pemergian penyiasat terkenal, Dan Rivera, yang meninggal dunia secara misteri pada usia 54 tahun. Rivera, yang juga penerbit siri dokumentari popular 28 Days Haunted, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani siri jelajah “Devil on the Run” bersama patung berhantu ikonik, Annabelle.

Menurut laporan sumber, Rivera ditemui tidak bernyawa di sebuah hotel di Gettysburg, Pennsylvania pada 13 Julai lalu selepas pasukan keselamatan dipanggil ke lokasi. Bagaimanapun, punca sebenar kematian beliau masih belum dikenal pasti setakat ini.

image is not available

Rivera merupakan Ketua Penyiasat Paranormal bagi organisasi New England Society for Psychic Research (NESPR), yang diasaskan oleh pasangan lagenda dunia paranormal, Ed dan Lorraine Warren individu di sebalik inspirasi filem The Conjuring.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak NESPR menyatakan rasa dukacita atas kehilangan figura penting dalam komuniti penyelidikan paranormal itu.

image is not available

Sebelum pemergiannya, Rivera berjaya menjual habis tiket untuk tiga hari pertama siri jelajah “Devil on the Run” yang menampilkan patung Annabelle — patung berhantu yang terkenal di seluruh dunia dan menjadi inspirasi kepada filem Annabelle (2014), Annabelle: Creation (2017), dan Annabelle Comes Home (2019).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-16 13:06:09

Ditanda Dengan Lakaran Aneh, Ini Rupanya Sebab CIA 'Upload' Foto Duit Syiling Malaysia Di Laman Rasmi Mereka