Penyu agar mati, tak sempat bertelur buat kali ketiga

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu agar mati, tak sempat bertelur buat kali ketiga

KEMAMAN – Seekor penyu agar betina yang pernah dua kali mendarat untuk bertelur pada bulan Ogos lalu ditemukan mati terdampar di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, di sini, semalam.

Bangkai induk penyu agar berusia kira-kira 20 tahun ditemui di pesisir pantai tersebut pada pukul 6.30 petang.

Pengurus Projek Pemeliharaan Penyu, Persatuan Pemuliharaan dan Kajian Marin Malaysia (Pulihara), Wan Zuriana Wan Sulaiman berkata, seorang renjer dan pegawai marin badan bukan kerajaan (NGO) tersebut menemukan bangkai penyu terbabit sewaktu mengadakan rondaan rutin di pantai itu.

“Berdasarkan tag terpasang pada penyu tersebut, penyu itu pernah mendarat untuk bertelur sebanyak dua kali di pantai ini Pantai Chakar Hutan pada Ogos lalu.

“Reptilia berkenaan telah mengeluarkan 152 biji telur dalam dua pendaratan dua kali berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Wan Zuriana berkata, penyu betina yang mati itu sepatutnya mendarat lagi untuk bertelur tidak lama lagi.

“Malangnya ia ditemui mati tanpa sempat bertelur buat kali terakhir pada musim ini.

“Sayang kerana bukan mudah untuk seekor penyu untuk membesar dan bertelur. Punca kematiannya masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu agar mati, tak sempat bertelur buat kali ketiga appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved