Peperiksaan SPM 2026 bermula 26 Oktober

18 Aug 2026 • 1:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peperiksaan SPM 2026 bermula 26 Oktober

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 17 Disember ini dengan 420,879 calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan tersebut.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, peperiksaan berkenaan akan diadakan di 3,334 pusat di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.

“Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.

“Ujian Amali Sains pula dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.

“Bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu, ia dijadualkan pada 30 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Peperiksaan SPM 2026 bermula 26 Oktober appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved