Peps Sanly labur RM9.5 juta bina kilang komponen casis kereta Proton

LocalCars
19 Aug 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peps Sanly labur RM9.5 juta bina kilang komponen casis kereta Proton

TANJUNG MALIM – Peps Sanly JV Sdn. Bhd. (Peps Sanly) melabur RM10 juta untuk membina kilang pemasangan komponen casis iaitu penjuru kereta depan, rangka kecil dan gandar bagi kereta Proton Saga AMA01, Persona dan Iriz sebagai pembekal utama kepada pengeluar kereta nasional pertama negara itu.

Menurut Pengarah Peps Sanly, Hamidon Abdullah, kilang tersebut dibangunkan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.5 juta selain terletak di atas kawasan tanah seluas 9,909 meter persegi.

“Fasiliti ini mula beroperasi pada Oktober 2025 dan berkeupayaan menghasilkan 40,000 set komponen kereta sebulan atau sehingga 480,000 set komponen kereta setahun.

“Ia akan melaksanakan pengeluaran secara tempatan bagi pemasangan komponen casis iaitu penjuru kereta depan, rangka kecil dan gandar bagi kereta Proton Saga AMA01, Persona dan Iriz serta model AMA02 dan AMA05 keluaran akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kilang yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee di sini semalam.

Image from: Peps Sanly labur RM9.5 juta bina kilang komponen casis kereta Proton

Hamidon berkata, pembukaan fasiliti tersebut menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kerjasama dengan Proton yang telah terjalin hampir empat dekad.

“Melalui kerjasama dengan Peps Sanly yang mempunyai hubungan kukuh dengan Geely dan pengeluar peralatan asal (OEM) lain dari China, kami memperoleh pendedahan secara langsung kepada ekosistem pembuatan maju China serta struktur kosnya yang kompetitif.

“Ini meletakkan kami pada kedudukan yang lebih baik untuk menyokong Proton melalui kecekapan kos yang dipertingkatkan dan jaminan kualiti yang lebih kukuh,” katanya.

PEPS Sanly adalah kilang hasil kerjasama strategik antara EP Manufacturing Bhd. (EPMB), sebuah syarikat tempatan dan Sanly Auto Parts Co Ltd dari China yang mempunyai kepakaran dalam kerja logam, pemasangan dan sistem brek. -KOSMO! ONLINE

The post Peps Sanly labur RM9.5 juta bina kilang komponen casis kereta Proton appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved