Perak mahu perkenal program cucu angkat, lindungi warga emas

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2026 • 1:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perak mahu perkenal program cucu angkat, lindungi warga emas

IPOH: Kerajaan Perak merancang untuk melaksanakan program cucu angkat atau ‘adopt a Tok Perak’ bagi menguruskan isu jumlah warga emas yang tinggi di negeri ini.

Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pendekatan menerusi program itu diharap mampu meningkatkan hubungan antara generasi serta memastikan warga emas kekal aktif.

“Warga emas boleh berperanan sebagai mentor, sumber ilmu, pemelihara warisan dan pembimbing generasi muda,” katanya semasa menjawab soalan V. Bavani (PH-Malim Nawar) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurut Salbiah, data tahun 2025 mencatatkan sebanyak 15.3 peratus daripada 2.6 juta penduduk Perak berumur 60 tahun dan ke atas iaitu tertinggi di Malaysia.

Tambahnya, pendekatan mesra warga emas turut merangkumi seseorang itu untuk terus hidup dengan selamat, sihat, berdikari, dihormati dan terlibat dalam masyarakat.

Katanya, Ipoh dan Taiping telah menyertai Rangkaian Global Bandar dan Komuniti Mesra Warga Emas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak tahun 2019.

“Ipoh dan Taiping kini dijadikan model rintis sebelum disesuaikan dan diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti pendekatan pembiayaan meliputi pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET), pembangunan pangkalan data penjaga, sokongan kepada pusat jagaan harian bertauliah, perkhidmatan penjagaan di rumah serta bantuan pematuhan pendaftaran pihak berkuasa. – UTUSAN

 

The post Perak mahu perkenal program cucu angkat, lindungi warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved