Perak pantau jerebu, IPU Ahad tentukan operasi sekolah

LocalEnvironment
10 Oct 2026 • 11:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perak pantau jerebu, IPU Ahad tentukan operasi sekolah

IPOH: Keputusan sama ada sekolah di Perak akan ditutup susulan jerebu bergantung pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, setakat ini, penutupan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar.

Katanya, penutupan itu dilaksanakan selepas bacaan IPU melepasi paras 180 iaitu tahap tidak sihat, semalam.

“Untuk sesi persekolahan pada Isnin nanti, bacaan IPU akan diambil pada hari Ahad.

“Jika terdapat daerah lain yang mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat, penutupan sekolah akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini hari ini.

Menurut Khairudin, pengumuman berhubung status operasi sekolah pada Isnin ini dijangka dibuat selepas pukul 3 petang pada Ahad berdasarkan bacaan IPU pada hari berkenaan.

Beliau berkata, walaupun sekolah ditutup, proses pembelajaran murid akan diteruskan seperti biasa menerusi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

“Proses pembelajaran berjalan seperti biasa di mana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah membuat persiapan bagi memastikan pelaksanaan PdPR dapat dilakukan sekiranya penutupan sekolah diteruskan,” katanya.

Semalam, semua sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar ditutup serta-merta berikutan keadaan jerebu di negeri ini yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat mencecah 180.

Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, bacaan itu direkodkan di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh pada pukul 11 pagi pada Jumaat. – UTUSAN

The post Perak pantau jerebu, IPU Ahad tentukan operasi sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved