Perancis bakal lumpuh akibat mogok besar-besaran

WorldPolitics
23 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perancis bakal lumpuh akibat mogok besar-besaran

PARIS: Kesatuan sekerja Perancis menggesa demonstrasi besar-besaran diadakan pada 5 November selepas pertemu­an bersama kerajaan tidak membuahkan hasil diinginkan, dengan Setiausaha Agung Konfederasi Umum Buruh (CGT), Sophie Binet menyeru pekerja memperluas tindakan mogok.

Pemimpin kesatuan seker­ja itu yang bertemu Perdana Menteri, Sebastien Lecornu di pejabatnya di Matignon pada Rabu, meninggalkan pertemuan yang berlangsung hampir dua setengah jam itu dengan perasaan kecewa.

Menurut Binet, Lecornu tidak mengumumkan sebarang langkah bagi menangani pelbagai bantahan yang berlaku. Beliau kesal kerana tuntutan kesatuan sekerja tidak dipertimbangkan.

CGT yang menyertai demonstrasi pada 17 Oktober sebelum bertukar menjadi rusuhan dan rompakan premis di beberapa bandar sepanjang hujung ming­gu lalu, akan kembali turun ke jalanan pada Sabtu bagi menyertai fasa kedua mobilisasi membantah peningkatan kos sara hidup yang diumumkan oleh gabungan gerakan Yellow Vest.

“Bagi kesatuan sekerja, tumpuan utama kini adalah gerakan bantahan yang diselaraskan oleh hampir semua kesatuan itu dalam kalangan pekerja sektor swasta dan awam pada 5 November. Sudah tiba masanya untuk memperhebat tindakan. Mulai tarikh itu, mogok perlu menjadi langkah seterusnya,” kata Binet.

 Sementara itu, Setiausaha Agung Konfederasi Demokratik Buruh Perancis (CFDT), kesa­tuan sekerja terbesar negara itu, Marylise Leon berharap kerajaan memberikan maklum balas terhadap tuntutan sosial bagi memenuhi harapan pekerja sebelum tarikh berkenaan.

Menurut Presiden Konfe­derasi Pekerja Kristian Perancis (CFTC), Cyril Chabanier kerajaan bagaimanapun telah membuka ruang untuk perbincangan mengenai kenaikan gaji minimum. Dalam isu itu, Lecornu menggesa supaya tindakan diambil dengan segera.

Di Matignon, kesatuan se­kerja turut kesal kerana orga­nisasi pelajar sekolah menengah dan mahasiswa tidak dijemput menghadiri pertemuan ber­kenaan.

Mereka dijangka mengadakan pertemuan sekali lagi de­ngan Menteri Pendidikan, ­Edouard Geffray pada Isnin. 

Beliau berjanji akan me­ngumumkan langkah awal bagi menangani tuntutan yang dikemukakan melalui platform yang diwujudkan kerajaan.

Pelajar sekolah menengah, dengan sokongan mahasiswa sudah beberapa minggu me­ngadakan bantahan bagi me­nuntut peruntukan lebih besar untuk pendidikan, penambahbaikan keadaan bangunan sekolah dan penggantian guru yang tidak hadir.

Mereka turut menuntut pemansuhan platform Parcoursup yang menguruskan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan dianggap mempunyai banyak kelemahan.

Ketika mengadakan lawatan di Qatar, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab atas keganasan dan pada Khamis telah mengadakan mesyuarat dengan agensi perisikan bagi meneliti kelemahan dalam menangani kejadian pada 17 Oktober.

Bagaimanapun, Macron tidak mengumumkan sebarang langkah bagi memenuhi pelbagai tuntutan penunjuk perasaan, termasuk berkaitan kuasa beli dan pembiayaan sekolah serta universiti.

Macron yang kemudian meneruskan lawatan ke Arab Saudi berkata, rakyat Perancis akan memperoleh ‘pulangan yang adil’ daripada lawatan ber­kenaan, khususnya berkaitan harga diesel.

Pada Rabu, beberapa tokoh politik daripada pelbagai ali­ran sekali lagi mengkritik apa yang disifatkan sebagai kegagalan pihak berkuasa menangani keadaan. – AGENSI

 

The post Perancis bakal lumpuh akibat mogok besar-besaran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved