Peranti IKEA Kini Boleh Dipautkan Terus Ke Samsung SmartThings Tanpa Hab Tambahan

TechnologyHome & Living
22 Apr 2026 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Produk IKEA kini boleh digunakan bersama Samsung SmartThings dan boleh disambung terus tanpa memerlukan hab tambahan. Ini bermakna pengguna boleh menyambungkan peranti seperti lampu pintar dan palam terus ke SmartThings dengan lebih mudah. Integrasi ini menggunakan teknologi Matter-over-Thread iaitu gabungan piawaian global Matter untuk memastikan peranti daripada pelbagai jenama boleh berhubung dengan protokol rangkaian Thread yang stabil dan berkuasa rendah.

image is not available

Sebelum ini, pengguna memerlukan hab IKEA dan hab SmartThings untuk menghubungkan kedua-dua rangkaian. Kini, peranti IKEA boleh disambungkan terus ke hab SmartThings lalu memudahkan proses pemasangan dan penggunaan. Dengan sokongan ini, pengguna bukan sahaja dapat mengawal peranti IKEA melalui aplikasi SmartThings malah boleh menggabungkannya dengan perkakas Samsung lain seperti TV, penghawa dingin dan mesin basuh.

image is not available

Sebanyak 25 peranti IKEA kini boleh digunakan bersama ekosistem Samsung SmartThings termasuk mentol lampu pintar, palam, alat kawalan jauh, sensor suhu dan kelembapan, sensor kualiti udara serta sensor gerakan. Sebagai contoh, pengguna boleh menyambungkan sensor pintu IKEA ke SmartThings dan meletakkannya pada pintu yang kerap digunakan. Melalui fungsi Family Care, ia membolehkan pemantauan aktiviti harian ibu bapa seperti bila mereka mula aktif pada waktu pagi sekali gus memberi cara mudah untuk memeriksa keadaan orang tersayang walaupun tinggal berjauhan.

image is not available

Selain itu, sensor kualiti udara IKEA serta sensor suhu dan kelembapan yang dipasang untuk mengumpul data seperti suhu, kelembapan dan tahap kecerahan ruang. SmartThings kemudian membandingkan bacaan tersebut dengan julat yang disyorkan untuk tidur optimum dan menghasilkan laporan dengan cadangan praktikal. Untuk makluman semua, ketersediaannya mungkin berbeza mengikut pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved