Samsung akan melancarkan peranti lipat skrin lebar pertama mereka tahun ini menurut laporan dari China. Berbeza dengan Z Fold terdahulu, peranti ini akan mempunyai nisbah skrin 4:3 apabila dalam kedudukan terbuka. Ura-ura mengatakan skrin adalah sebesar 7.6″ dengan ia lebih mirip sebuah Huawei Pura X2 yang lebih awal mempopularkan nisbah skrin yang unik ini.

Samsung mungkin melancarkan peranti ini tahun ini supaya ianya lebih awal ke pasaran berbanding iPhone Ultra yang dikhabarkan turut mempunyai skrin lipat yang lebar. Pelbagai spekulasi mengenai peranti ini didengari seperti ia lebih selesa digunakan sebagai tablet.
Walaupun mendominasi pasaran peranti skrin lipat global, Samsung masih belum berjaya menjadi peranti lipat pilihan majoriti pengguna. Faktor harga lebih mahal dan kemampuan kamera yang tidak sebaik peranti biasa menjadi sebab ini berlaku.


