Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

13 Nov 2026 • 12:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Majoriti rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Perbuatan yang kecil bagi sesetengah individu kadangkala memberi makna yang besar kepada si penerima.

Peniaga Terus Bangun Tukarkan Kerusi Lepas Nampak Pelanggan Duduk Atas Kerusi Tiada Sandar

Semalam (12 November), tular di media sosial tindakan spontan seorang peniaga Yong Tau Fu terhadap pelanggan yang berkunjung ke kedainya yang terletak di Taman Batu Muda, Batu Caves.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Threads @anayongtawfoohq, kelihatan pada mulanya seorang pelanggan wanita menarik kerusi tanpa sandar sebelum duduk di atasnya.

Pada ketika itu, peniaga berkenaan yang kebetulan duduk di meja sebelah pelanggan terbabit melihat keadaan tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga itu secara spontan terus bangun dan mengambil kerusi yang mempunyai bahagian sandar lalu memberinya kepada pelanggan wanita terbabit.

Pelanggan Wanita Terus Cium Siap Peluk Peniaga

Lebih mengejutkan, pelanggan wanita itu dilihat terus mencium pipi peniaga berkenaan berkali-kali dan memeluknya atas perbuatan baiknya itu.

Kongsi peniaga berkenaan di ruangan kapsyen, respon pelanggan terbabit yang mencium pipi sebagai balasan terhadap perbuatannya itu nyata menyentuh hati dan membuatkan dirinya sebak.

“Cuma tukarkan kerusi supaya makcik boleh duduk bersandar dengan lebih selesa. Tak sangka makcik terus peluk dan cium saya, Sebak.

“Balik tengok rakaman CCTV, senyum sendiri. Kadang-kadang momen kecil macam inilah yang buat penat berniaga terasa ringan. Terima kasih, mak cik. Sihat selalu ya,” tulisnya.

Anak Kongsi Sikap Ibu, Suka Membantu & Lihat Orang Lain Gembira

Menerusi ruangan balasan komen, seorang pengguna yang dipercayai anak sulung kepada peniaga berkenaan berkongsi keperibadian ibunya itu.

Jelas pengguna terbabit, ibunya itu sememangnya seorang yang suka membantu dan melihat orang lain gembira.

“Itulah mommy saya, di sebalik senyumannya tersimpan hati yang sangat lembut.

“Dia suka melihat orang lain gembira, suka membantu tanpa mengharapkan balasan dan suka berkongsi rezeki walaupun dalam keadaan sederhana.

“Semoga segala kebaikan mommy dibalas dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak putus-putus,” tulisnya.

View on Threads

Perbuatan Baik Peniaga Dapat Pujian Warganet

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji serta tersentuh dengan tindakan peniaga Yong Tau Fu berkenaan kerana prihatin dengan keadaan pelanggannya.

Ini kerana mereka berpendapat perbuatan kecil sebegitulah yang memberi makna besar kepada si penerima.

Malah, ada juga warganet yang merupakan pelanggannya sendiri turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan peniaga terbabit.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Murah Rezeki Selalu Awak. Awak Nampak Benda Tu Biasa Tapi Pada Orang Yang Rasa Dihargai, Ianya Sangat Besar”

Image from: Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Founder Ana Yong Tau Fu Ini Memang Baik & Peramah. Hari Tu Aku Bawa Emak Aku Makan Sini, Dia Layan Baik Sangat, Suka Orang Yang Selalu Santuni Orang Tua Ni”

Image from: Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Awak Hebat, Common Sense & Budi Pekerti On Point”

Image from: Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Saya Dah Banyak Kali Pergi Ana Yong Tau Fu Ni. Daripada Staf Sampai Ke Owner, Sikap Diorang Sangat Baik”

Image from: Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

“Perbuatan Kecil Macam Inilah Sebab Orang Ke Kedai Pun, Semoga Lancar Urusan Perniagaan Puan & Murah Rezeki”

Image from: Perbuatan Kecil Tapi Bermakna! Tindakan Spontan Peniaga Tukar Kerusi Demi Keselesaan Pelanggan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Rasa Apa Dia Rasa” – Peniaga Sedekah Tauhu Bergedil Kepada Pelanggan Cilik Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Makin Laris” – Ramai Puji Keikhlasan Peniaga Char Kuetiau Belanja Pelanggan OKU

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Sebak Selepas Peniaga Bundle Beri Kasut Percuma Pada Cucu [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved