[VIDEO] Lelaki minta wang di kaunter, reaksi pelanggan jadi persoalan

12 Nov 2026 • 11:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lelaki minta wang di kaunter, reaksi pelanggan jadi persoalan

PETALING JAYA – Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tiba-tiba menghampiri kaunter sebuah kedai runcit di Tebengau, Kedah sebelum meminta wang daripada wanita yang bertugas di situ.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat menghampiri wanita terbabit di kaunter, manakala seorang pelanggan yang berada di lokasi bersama seorang kanak-kanak turut kelihatan dalam rakaman tersebut.

Situasi itu menarik perhatian apabila pelanggan tersebut dilihat tidak tampil membantu wanita berkenaan ketika kejadian berlaku.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @nyzamferiy, rakaman CCTV itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang memberikan pandangan masing-masing terhadap situasi tersebut.

“Rasa macam tak perasan sebab almari itu tinggi. Mungkin dia ingat anak dan ibu tengah bergaduh. Tapi nampak gaya macam tak perasan. Lepas itu baru dia sedar. Lagipun dia ada anak, keselamatan anak jadi keutamaan dia rasanya,” komen @atiqah_lah.

“Macam tak perasan je sebab terlindung dengan botol air kan. Ataupun buat-buat tak perasan sebab bawa anak,” komen @nraina_977 pula.

“Nak tolong macam mana, dia pun tengah dukung anak. Dia pula baru masuk, bukan dia tahu cerita. Lainlah kakak itu jerit pencuri dari awal. Dah pergi baru nak kata pencuri, dia mampu tengok sajalah. Semoga pencuri itu dapat ditangkap segera,” tulis yang lain.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang berpendapat lelaki tersebut mungkin tidak mahu mengambil risiko untuk campur tangan kerana turut membawa anak kecil bersamanya.

“Kalau dia sedar pun dia nak buat apa, jadi hero? Tak pun ambil telefon rakam. Lagipun dia dengan anak dia itu, cukup jadi saksi. Sekarang jadi hero, hero pula kena naya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Lelaki minta wang di kaunter, reaksi pelanggan jadi persoalan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved