Percaya iklan pelaburan di Facebook, warga emas rugi lebih RM15,000

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2026 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Percaya iklan pelaburan di Facebook, warga emas rugi lebih RM15,000
Suspek menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan bagi meyakinkan mangsa sebelum mengarahkannya membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan. Gambar hiasan

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM15,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, mangsa berusia 66 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan yang dilihat di Facebook sebelum berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, suspek menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan bagi meyakinkan mangsa sebelum mengarahkannya membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan.

"Mangsa telah melakukan bayaran berjumlah RM15,140 sebelum dimaklumkan kononnya pulangan sebanyak RM123,120 telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Bagaimanapun, wang tersebut tidak diterima dan mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan RM7,000 atas alasan perlindungan keselamatan bank," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa tidak meneruskan bayaran tersebut sebelum tampil membuat laporan polis.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang dipromosikan di media sosial atau secara bersemuka.

"Semakan perlu dibuat dengan agensi berkaitan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.

"Orang ramai juga boleh menyemak nombor akaun melalui portal Semak Mule atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved