Terpedaya pulangan 60 peratus sehari, lelaki rugi lebih setengah juta

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terpedaya pulangan 60 peratus sehari, lelaki rugi lebih setengah juta
Mangsa berasa tertipu kerana dia tidak pernah menerima keuntungan dalam tempoh pelaburan. Foto hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang tidak bekerja rugi RM516,341 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham bagi perniagaan kasut dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa, 56, terpedaya dengan tawaran pulangan pelaburan yang dijanjikan sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus dalam tempoh sehari daripada jumlah elaburan yang dibuat.

Menurutnya, disebabkan tertarik dengan tawaran itu, mangsa melakukan 24 transaksi berjumlah RM516,341 dari 3 Julai sehingga 14 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran lain bagi menuntut jumlah keuntungannya.

“Mangsa berasa tertipu kerana dia tidak pernah menerima keuntungan dalam tempoh pelaburan tersebut yang mana semua wang yang dilabur adalah hasil simpanannya sendiri,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan tinggi dan sentiasa membuat semakan terhadap pelaburan yang ditawarkan,” ulasnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved