Perenang China, Pan Zhanle pecah rekod dunia 100m gaya bebas

1 Aug 2024 • 8:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pan Zhanle memecahkan rekod dunia acara 100 meter gaya bebas lelaki miliknya sendiri di Sukan Olimpik Paris. Foto AFP

PERENANG China, Pan Zhanle memecahkan rekod dunia acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki miliknya sendiri di Sukan Olimpik Paris pada Rabu sekali gus merangkul pingat emas.

Pan mencatat masa 46.40 saat, lebih satu saat di hadapan perenang Australia, Kyle Chalmers yang meraih perak, lapor Agensi Berita Xinhua.

David Popovici dari Romania memenangi pingat gangsa selepas berada 0.01 saat di belakang pemenang tempat kedua.

Catatan masa atlet berusia 19 tahun itu iaitu 46.80 saat mengatasi rekod dunia yang dilakukannya di Doha Februari lepas.

"Hari ini saya sebenarnya tidak menyangka untuk memecahkan rekod. Ia adalah keputusan yang sempurna dan satu langkah besar untuk saya dan pasukan renang China," kata Pan. - Bernama-Xinhua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved