“Pergi berdua, pulang seorang” – Ayah Meninggal Dunia Di Tanah Suci, Ibu Pulang Seorang Dari Haji Undang Sebak Ramai

Family & Parenting
2 Jul 2024 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melihat ibu bapa berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji juga mampu membuatkan anak-anak mereka rasa gembira. Namun begitu, ada antaranya yang ‘bertuah’ dijemput iIlahi saat sedang menunaikan rukun islam yang kelima itu.

Ketika ibu bapa kepada Wanie Zaidie ingin berangkat ke tanah suci pada pertengahan Mei lalu, ibu bapanya dilihat begitu gembira melambaikan tangan kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun ketika di akhir bulan Jun lepas, ibunya pulang berseorangan, bapanya meninggal dunia ketika berada di Makkah.

@wanie_zaidie8510

Alhamdulillah mak dah selamat smpai dalam dakapan kami anak2 nya pada 29.06.2024 Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayahMak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga Walaupun mak nmpk kuat secara fizikalnya, tapi kami smua tau mak berusaha melawan dgn emosi dalam sanubari. Mak jgn risau, sampai kiamat kami 6beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayang mak sgt2. Tiada sapa yg boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hnya ada mak di bumi ini Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga smuanya baik2 dan indah2 sahaja. InsyaAllah Hasbunallah wanikmal wakeel…. #kenanganhaji1445H #haji1445H #hajimabrur #hajidanhajjah #jemaahtabunghaji #tabunghajiterbaik #makjugainsanhebat #sayangmak #alfatihahayah #fyp #fypage

♬ original sound – Wanie_zaidie8510 – Wanie_zaidie8510

Menurutnya, ayahnya dikatakan demam sebanyak 2 kali ketika berada di sana sebelum terkena serangan jantung dan dikejarkan ke ICU.

Dalam video tersebut, ketika pulang dari tanah suci suasana sebak menyelubungi mereka sekeluarga biarpun ibunya pulang dalam keadaan sihat dan nampak kuat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak melihatnya dan ada pihak yang mengenali arwah ayahnya itu menceritakan perkara baik yang dilakukan oleh arwah.

Malah ada juga yang mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan wanita ini di mana salah seorang daripada orang tua mereka meninggal dunia di tanah suci.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Jenazah arwah ayahnya disemadikan di Makkah dan ibunya sempat menjengah pusara ayahnya biarpun dari luar pagar sebelum pulang ke Malaysia. Semoga keluarga ini terus kuat dan Al-Fatihah buat Abd Manaf bin Haji Hanapiah.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.