PERHILITAN Nafi Jual 19 Gajah, Hanya Dipindah Untuk Tujuan Konservasi

LocalEnvironment
28 Mar 2026 • 10:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Beberapa hari lalu, tular sebuah hantaran di platform Threads mengenai dakwaan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menjual 19 ekor gajah kepada pihak tertentu. Anda boleh baca hantaran di Threads tersebut di sini.

Walau bagaimanapun, pihak PERHILITAN telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan mengenai dakwaan terbabit.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menurut PERHILITAN, gajah-gajah tersebut tidak dijual, sebaliknya haiwan-haiwan itu dipindahkan secara pinjaman yang dilaksanakan untuk tujuan konservasi dan pengurusan hidupan liar secara berterusan.

Difahamkan, pemindahan gajah-gajah ini merupakan sebagai daripada usaha strategik Jabatan dalam memastikan kelangsungan spesies jika berlaku sebarang wabak penyakit atau bencana di habitat asal.

Artikel Berkaitan: “Malu gamaknya nak lepas merata” – [VIDEO] Gajah Jinak Ambil Masa Nak Naik Lori, Rupa-rupanya…

Artikel berkaitan: Gajah ‘Melawat’ Kedai Runcit, Sempat Ambil Beberapa Pek Makanan

Selain itu, ia juga untuk mengurangkan konflik manusia-hidupan liar dan memperkukuhkan program konservasi melalui kerjasama dengan pihak berkaitan.

image is not available

image is not available

Kerjasama ini juga membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan kepakatan, khususnya dalam bidang pembiakan terkawal, pemantauan kesihatan, pemakanan serta pengurusan habitat secara moden, yang secara langsung menyokong usaha pemuliharaan spesies gajah secara lebih berkesan dan berterusan.

Dalam masa yang sama, semua gajah yang dipindahkan akan terus dipantau dan dikawal selia oleh Jabatan PERHILITAN dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Sumber: Harian Metro

Sumber: BERNAMA/Free Malaysia Today

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.