Perjalanan umrah diteruskan selagi tiada arahan – Andalusia

17 Sep 2026 • 10:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perjalanan umrah diteruskan selagi tiada arahan – Andalusia

PETALING JAYA – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak menangguhkan perjalanan kumpulan jemaah umrah ke Mekah dan Madinah selagi tiada perubahan jadual penerbangan atau arahan daripada pihak berkuasa Malaysia dan Arab Saudi.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, buat masa ini semua urusan diteruskan ­seperti yang dirancang.

“Selagi jadual airlines (penerbangan) tidak berubah atau ditangguhkan dan selagi tiada arahan dari pihak kerajaan Malaysia atau Saudi, semua perjalanan kumpulan jemaah Andalusia berjalan seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ditanya mengenai keselamatan jemaah yang berada di dua Kota Suci itu, Ida Riswana berkata, seramai 1,473 jemaah kendalian syarikat itu yang kini berada di Mekah dan Marinah dalam keadaan selamat dan tenang.

Katanya, seramai 634 jemaah kini berada di Madinah, manakala 839 lagi berada di Mekah.

“Ya semua jemaah yang sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah selamat.

“Keadaan semua jemaah baik dan tenang saja di sana. Semua jadual aturcara berjalan lancar seperti yang di rancang,” katanya.

Beliau pada masa sama meminta jemaah supaya tidak panik atau membuat sebarang spekulasi berhubung perkembangan semasa.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Muscat menerusi satu kenyataan meminta mereka yang berada di Yemen khususnya sekitar Mocha dan Taiz supaya kekal di lokasi selamat serta mengehadkan pergerakan tidak penting susulan perkembangan terkini di negara itu.

Katanya, rakyat Malaysia juga perlu mengelakkan kawasan infrastruktur ketenteraan, lapangan terbang, pelabuhan, kemudahan kerajaan, pusat pemeriksaan serta lokasi sensitif lain.

“Rakyat Malaysia hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang perubahan dalam keadaan persekitaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya memastikan pasport, dokumen penting, telefon bimbit dan keperluan ubat-ubatan mudah diakses,” katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia di Yemen turut digalakkan mendaftar serta mengemas kini maklumat masing-masing menerusi portal e-Konsular bagi memudahkan urusan komunikasi dan bantuan konsular.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mahu mendaftarkan keberadaan mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Muscat menerusi talian +968 7159 2388 atau e-mel mwmuscat@kln.gov.my.

The post Perjalanan umrah diteruskan selagi tiada arahan – Andalusia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved