Perkeso Terengganu selesai 70 kes LINDUNG 24 jam

LocalHealth & Fitness
11 Sep 2026 • 8:18 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perkeso Terengganu selesai 70 kes LINDUNG 24 jam

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Terengganu menyelesaikan 70 kes di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) sejak dilaksanakan pada 1 Jun lalu, dengan jumlah penyaluran faedah mencecah RM33,752.

Pengarahnya, Hisham Abdul Rahman berkata, jumlah itu menunjukkan manfaat skim berkenaan semakin dirasai pencarum yang ditimpa kemala­ngan atau musibah di luar waktu bekerja.

Menurutnya, menerusi LIN­DUNG 24 Jam, pencarum turut dilindungi sekiranya berlaku kemalangan ketika melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pekerjaan termasuk aktiviti hobi seperti memancing.

“Dengan adanya perlindu­ngan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja ini, apa-apa aktiviti atau kemalangan yang berlaku dan tidak berkaitan de­ngan pekerjaan turut dilindungi, asalkan mereka mencarum di bawah skim berkenaan.

“Perlindungan berkenaan memberi jaminan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh kepada pekerja kerana kemala­ngan boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk ketika berada di luar waktu bekerja,” katanya .

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Faedah Perkeso di bawah Skim LINDUNG 24 Jam kepada balu Allahyarham Ami­rul Fahmi Wan Jusoh di Kampung Paloh , di sini.

Allahyarham Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40, maut bersama anak sulungnya selepas terpe­rangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, pada 26 Ogos lalu.-UTUSAN.

The post Perkeso Terengganu selesai 70 kes LINDUNG 24 jam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved