Perketatkan pemilihan, pantau perunding kutipan zakat - Mufti

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis agama Islam negeri-negeri perlu perketatkan pemilihan dan pemantauan terhadap perunding atau ejen yang dilantik membuat pungutan zakat bagi mengelak sebarang penyelewengan.

SHAH ALAM - Majlis agama Islam negeri-negeri perlu perketatkan pemilihan dan pemantauan terhadap perunding atau ejen yang dilantik membuat pungutan zakat bagi mengelak sebarang penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan ini penting dalam memastikan agihan zakat sampai kepada yang berhak.

Menurut beliau, secara undang-undang pelantikan perunding atau ejen dalam urusan pungutan zakat adalah dibolehkan dan sah.

“Tapi pihak berwajib perlu lebih berhati-hati dan sentiasa memantau urusan yang dijalankan supaya tidak berlaku sebarang unsur penyelewengan.

“Kontroversi yang berlaku ketika ini melibatkan penahanan beberapa individu kerana disyaki terlibat menyeleweng dana bukan sahaja mengejutkan, malah turut menjadi iktibar kepada semua pihak untuk tidak memandang ringan sebarang perkara,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved