Perkhidmatan Aerotrain KLIA Tergendala Seketika Pada Jumaat Akibat Takungan Air Lepas Hujan Lebat

LocalTravel
5 Jul 2025 • 8:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial semalam apabila perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terhenti sementara pada Jumaat meskipun perkhidmatan itu baru sahaja disambung semula bermula 1 Julai lalu selepas beberapa tahun tergendala kerana menjalani proses naik taraf.

image is not available

Difahamkan, perkhidmatan Aerotrain tersebut terhenti sementara pagi semalam kerana terdapat air yang bertakung di terowong laluan tren selepas hujan lebat di kawasan tersebut, lapor Harian Metro.

Menurut Harian Metro, perkara itu telah disahkan oleh pihak Malaysia Airports.

Air yang bertakung di terowong itu tidak dapat mengalir keluar dengan baik secara automatik kerana terdapat kerosakan teknikal pada salah satu pam saliran di dalam kawasan terowong itu.

Oleh itu, perkhidmatan tren berkenaan telah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada proses pembersihan air dari terowong.

Difahamkan ketika tempoh itu, penumpang-penumpang perlu menaiki bas ulang-alik untuk ke Terminal Satelit buat sementara waktu sementara menunggu operasi tren itu disambung semula.

Operasi Aerotrain di lapangan terbang itu kemudiannya disambung semula seperti biasa pada waktu tengah hari pada hari yang sama iaitu pada Jumaat semalam.

image is not available

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved