Bluesky mengesahkan mereka akan memperkenalkan perkhidmatan langganan penghujung bulan ini dengan ia akan menawarkan ciri tambahan yang berbeza dengan pengguna akaun percuma. Tangkapan layar perkhidmatan ini telahpun ditemukan oleh pengguna @saeri.xyz di Github dan nampaknya ialah akan menggunakan nama Bluesky+.

Tangkapan layar menunjukkan antara ciri yang ditawarkan ialah muat naik video lebih panjang, video resolusi lebih tinggi, pemperibadian profil dan banyak lagi. Pelanggan akan dikenakan bayaran $8 (~RM35) sebulan atau $72 (~RM319) setahun untuk melanggan Bluesky+. Walaupun tangkapan layar telah tertiris, pihak Bluesky mengatakan ia hanya sekadar pengolokan dan bukanlah penawaran serta harga akhir.

Pihak Bluesky telahpun berjanji untuk tidak mengikuti langkah Twitter/X yang memberikan akses ciri tertentu kepada pengguna berbayar sahaja. Pasca kemenangan Donald Trump bulan lalu, Bluesky mencatatkan peningkatan jumlah pengguna yang mendadak kerana melihat ia sebagai alternatif sebenar kepada Twitter/X.


