Spotify Mengehadkan Pelan Spotify Premium Family Kepada Hanya 4 Akaun Sahaja Untuk Pengguna Malaysia – Bukan Lagi 6 Akaun

TechnologyDigital
24 Nov 2024 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify dilihat kini mengemaskini penawaran perkhidmatan pelan berbayar mereka dibawah Spotify Premium Family untuk pengguna Malaysia, dimana ia dikurangkan daripada penawaran langganan untuk 6 akaun premium, kepada hanya 4 akaun premium.

Harga langganan untuk Spotify Premium Family masih kekal sama RM24.90 sebulan, tetapi hanya dihadkan kepada 4 akaun Premium sahaja. Untuk akses tambahan lain, pengguna perlu melakukan tambahan bayaran untuknya. Sekiranya anda mengekalkan penggunaan 6 akaun seperti sebelum ini, maka langganan bulanan anda akan menjadi RM40.70 sebulan.

image is not available

Perubahan ini dilihat hanya aktif di Malaysia sahaja buat masa ini. Spotify Premium Family di Amerika Syarikat masih mengekalkan penawaran kepada 6 akaun Premium – sekaligus memperlihatkan perubahan baharu ini terhad di beberapa buah negara, termasuk Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved