“Perlu Ke Memondan?” – Lelaki Pakai Macam Perempuan Di AJL39, Netizen Tampil Beri Teguran

EntertainmentOpinion
17 Feb 2025 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ajl

Di sebalik kemeriahan malam Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), netizen tidak senang dengan penampilan tetamu lelaki yang didakwa memalukan.

Dalam satu perkongsian video, ada tetamu lelaki dilihat memakai pakaian menyerupai pakaian wanita beserta solekan tebal.

Video tular undang kritikan netizen

Ramai memberikan pandangan, termasuklah Dr. Ahmad Sanusi yang tampil menegaskan bahawa perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Hukum lelaki berpakaian wanita

Menurut beliau, Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya, sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

Pada hakikatnya, Islam melarang sebarang perbuatan songsang dan luar tabi’i. Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah ﷺ:

لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).

Dalam menangani isu ini, Rasulullah melarang segala perbuatan yang mezahirkan penampilan yang mengelirukan. Malah Rasulullah melaknat mereka yeng berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ

“Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.” (HR Abu Daud)

Malah perbuatan seolah-olah menormalisasi budaya ini dilihat akan membawa kesan yang lebih besar jika dibiarkan tanpa teguran.

Pandangan ini mendapat sokongan ramai dan rata-rata netizen bersetuju bahawa ada batasan agama dalam berfesyen.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: X nikkhazami | Facebook Dr. Ahmad Sanusi Azmi


The post

appeared first on

.