Permohonan didengar 28 Ogos

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 1:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Permohonan pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir untuk diiktiraf sebagai pihak berkepentingan dalam inkues dan mendapatkan akses kepada semua dokumen berkaitan akan didengar pada 28 Ogos ini.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri mengesahkan permohonan tersebut yang difailkan pada 19 Ogos akan didengar di hadapan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz, yang bertindak sebagai Koroner inkues berkenaan.

Dalam prosiding terdahulu, Hamid pernah membuat permohonan lisan agar pasukan peguam diberi kebenaran untuk terlibat secara langsung dalam inkues, termasuk menyoal balas saksi.

Beliau turut meminta agar semua dokumen berkaitan diserahkan segera bagi membolehkan pihaknya menyediakan soalan untuk membantu koroner.

Namun, ketika itu pegawai pengendali menasihati agar permohonan formal difailkan, sekali gus membawa kepada proses undang-undang yang sedang berlangsung kini.

Inkues kematian Zara dijadualkan berlangsung selama 19 hari pada September.