Permohonan Membina Pusat Data Di Kota Dimansara Ditarik Semula

30 Jul 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permohonan Membina Pusat Data Di Kota Dimansara Ditarik Semula

Penduduk Kota Damansara boleh menghela nafas lega hari ini selepas perunding telah menarik semula permohonan untuk membina sebuah pusat data di kawasan perumahan mereka. Ini diumumkan oleh ADUN Kota Damansara, Izuan Kasim dalam muatan di Facebook sejam lalu. Ini ialah kali pertama pembinaan pusat data dibatalkan di Malaysia selepas menerima bantahan penduduk setempat.

Pembinaan pusat data ini menerima tentangan penduduk kerana lokasi terlalu hampir dengan tempat kediaman. Disamping itu ia menimbulkan kontroversi kerana tempoh bantahan adalah singkat selama 7 hari sahaja serta maklumat menyampai bantahan tidak dipaparkan dengan betul pada notis yang dinaikkan.

Image from: Permohonan Membina Pusat Data Di Kota Dimansara Ditarik Semula

Sehingga 21 Julai lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima kira-kira 290 bantahan rasmi terhadap cadangan pembangunan di Jalan Rimba Riang 9/6 yang melibatkan 18 lot tanah milik persendirian bersebelahan rizab jalan kerajaan. Tempoh maklum balas awam dilanjutkan sehingga 27 Julai lalu berbanding tarikh asal 15 Julai kerana kesilapan nombor rujukan dan maklumat pegawai untuk dihubungi di papan tanda.

Antara isu yang dibangkitkan oleh penduduk dalam bantahan ialah bunyi bising operasi 24 jam, kesan peningkatan haba, penggunaan tenaga tinggi, dan impak kepada Hutan Komuniti Kota Damansara. MBPJ akan mengadakan sesi taklimat pembangunan dalam 30 hari selepas tamat tempoh notis untuk menjelaskan isu kepada semua pihak yang memberi maklum balas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved