Projek ‘Data Centre’ Di Kota Damansara Ditarik Balik – ADUN Izuan Kasim

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 4:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Izuan Kasim, mengumumkan menerusi Threads hari ini (30 Julai) bahawa perunding projek telah menarik balik permohonan perancangan bagi cadangan pembinaan pusat data tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu “kemenangan” buat penduduk setempat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Izuan berkata pihak perunding telah membatalkan permohonan bagi cadangan pembangunan pusat data di Seksyen 9, Kota Damansara, selain mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bertungkus-lumus menyuarakan bantahan.

Advertisement

Setakat artikel ini ditulis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak pemaju masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan penarikan balik permohonan tersebut.

Sekiranya disahkan, ia bakal menamatkan polemik yang berlangsung sejak kira-kira dua minggu lalu.

Kronologi Isu

Kontroversi bermula pada 15 Julai apabila seorang penduduk menemui notis MBPJ berhubung cadangan pembinaan sebuah pusat data komersial tiga tingkat yang melibatkan 18 lot milik persendirian di Jalan Rimba Riang 9/6, bersebelahan rizab jalan kerajaan.

Penduduk berkenaan bukan sahaja membantah pembinaan pusat data yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan Hutan Komuniti Kota Damansara, malah turut mempertikaikan kandungan notis tersebut yang didakwa memaparkan nombor rujukan serta maklumat untuk dihubungi yang tidak tepat.

DATA CENTRE

Selain itu, mereka turut mempersoalkan tempoh bantahan yang hanya diberikan selama tujuh hari, berbanding tempoh kebiasaan 21 hari seperti diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Susulan bantahan yang diterima, MBPJ mengarahkan pihak pemaju membetulkan notis berkenaan dan melanjutkan tempoh maklum balas kepada 21 hingga 27 Julai.

Sepanjang tempoh itu, hampir 290 bantahan rasmi diterima oleh pihak majlis. Gabungan penduduk yang mewakili lebih 500 isi rumah, Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Ramanan serta Ahli Majlis MBPJ Zon 3 turut mengemukakan bantahan rasmi masing-masing.

Izuan sebelum ini juga memaklumkan hasrat untuk membawa isu tersebut ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos.

Apa Seterusnya?

Sehingga 29 Julai, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari masih memaklumkan bahawa cadangan projek itu berada di peringkat penilaian, belum menerima sebarang kelulusan dan tiada keputusan muktamad dibuat.

Pengumuman terbaharu hari ini, sekiranya disahkan, menunjukkan pemaju dipercayai mengambil keputusan menarik balik permohonan sebelum ia sempat dibawa ke Jawatankuasa Pusat Setempat (One-Stop Centre) MBPJ untuk pertimbangan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Projek ‘Data Centre’ Di Kota Damansara Ditarik Balik – ADUN Izuan Kasim2026-07-30 12:40:53

Syarikat Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Arah Pemilik Akaun ‘Archnionverse’ Bayar RM180K - "Duit Saman Kami Akan Salurkan Ke Badan Kebajikan"

The post Projek ‘Data Centre’ Di Kota Damansara Ditarik Balik – ADUN Izuan Kasim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved