Pernah digelar ‘YB tembak babi’! Norhizam sedia berkhidmat sekali lagi

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Gelaran ‘YB Beliau’ dan ‘YB tembak babi’ yang pernah diterimanya ketika menjadi wakil rakyat tidak mematahkan semangat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat.

Menurut laporan Harian Metro, calon BERSATU itu berkata, gelaran berkenaan merupakan sebahagian daripada pengalamannya sepanjang menjadi wakil rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Menurutnya, keberanian turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk menjadi antara perkara yang diutamakan ketika memegang amanah berkenaan.

“Tengok gelaran yang saya dapat, mana YB yang berani pergi macam itu, pergi tembak babi. Saya digelarkan babi … tetapi pada saya itu hanya gelaran sahaja.
“Wakil rakyat kena berani, bekerja pakai hati untuk selesaikan masalah rakyat. Itu yang saya akan lakukan dahulu, (kini) saya akan buat lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon BERSATU di Bilik Gerakan Utama parti itu di Baitul Tariq, Klebang, Melaka malam tadi.

Image from: Pernah digelar ‘YB tembak babi’! Norhizam sedia berkhidmat sekali lagi

Foto: Harian Metro

Norhizam yang juga Naib Ketua Bahagian BERSATU Hang Tuah Jaya berkata, antara perkara yang mahu diberi perhatian sekiranya kembali diberi mandat ialah masalah banjir kilat yang didakwa masih belum ditangani secara menyeluruh.

Ujarnya, isu tersebut termasuk masalah sistem perparitan dan longkang yang memerlukan penyelesaian lebih berkesan demi kepentingan penduduk setempat.

Selain itu, beliau turut menyenaraikan isu jalan raya, pendidikan serta kesukaran dihadapi usahawan kecil untuk mendapatkan lesen dan lokasi perniagaan yang sesuai sebagai antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Bekas EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri itu turut berhasrat memperjuangkan peluang lebih saksama kepada kontraktor kecil kelas G1 dan G2 menerusi pelaksanaan tender terbuka, berbanding pemberian projek secara konsesi berskala besar.

Mengulas peluangnya dalam persaingan merebut kerusi DUN Pengkalan Batu, Norhizam, 60, yakin pengalaman sebagai wakil rakyat serta hubungan yang pernah dibina bersama penduduk mampu menjadi kelebihan untuk meraih sokongan pengundi.

“Orang kata usia saya sudah 60 tahun, tetapi semangat saya masih laju lagi,” ujarnya.
Image from: Pernah digelar ‘YB tembak babi’! Norhizam sedia berkhidmat sekali lagi

Foto arkib: Kosmo! Online

Pada PRU14, Norhizam memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu atas tiket DAP sebelum bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Noordin.

Sumber: Harian Metro (Farhana Yaacob)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved