Pernah Dirawat Di Makkah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Selepas Dibawa Pulang Ke Malaysia

3 Feb 2026 • 10:16 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jemaah haji, Asmah Mansor, 72, yang sebelum ini selamat dibawa pulang ke tanah air bagi mendapatkan rawatan lanjut disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, Selangor petang semalam.

Jemaah haji meninggal dunia selepas dibawa pulang

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebook yang merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah.

image is not available

Foto: Facebook Dr Naim Mokhtar

PulangMenurut beliau, pemergian Hajah Asmah berlaku selepas segala usaha dan ikhtiar perubatan terbaik diberikan oleh pasukan perubatan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

“Walaupun beliau diuji dengan kesakitan yang berat, perjalanan terakhir Allahyarhamah pulang ke tanah air telah berlangsung dengan solidariti seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, Allahyarhamah dilaporkan menghidap radang paru-paru (pneumonia) dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Saudi German Hospital, Makkah pada 13 September lalu.

Artikel lain: Dua Bulan Dirawat Di Hospital Mekah, RM500K Diperlukan Untuk Bawa Pulang Hajah Asmah Ke Tanah Air

Usaha membawa pulang Allahyarhamah ke Malaysia melibatkan kos kira-kira RM500,000, merangkumi keperluan perubatan kritikal termasuk penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) secara berterusan sepanjang penerbangan pulang.

image is not available

Foto: Media sosial

Allahyarhamah selamat tiba di Malaysia pada 25 November lalu sebelum ditempatkan di Hospital Putrajaya untuk rawatan susulan.

Sementara itu, Dr Mohd Na’im turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah serta mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran atas kehilangan tersebut.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama membantu menjayakan misi membawa pulang Allahyarhamah ke tanah air, sambil menyifatkan usaha itu bukan sekadar satu misi kemanusiaan, sebaliknya simbol penyatuan dan kekuatan negara.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran atas kehilangan yang amat besar ini.
“Terima kasih sekali lagi buat rakyat Malaysia, membantu saya dalam misi membawa pulang Allahyarham.
“Sesungguhnya, usaha ini bukan sekadar misi membawa pulang, tetapi satu usaha bagi menyatukan keluarga yang telah terpisah dan saya yakin ini yang menjadi kekuatan negara kita. Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya,” ujar Mohd Na’im.

Sumber: Facebook Dr Naim Mokhtar

The post Pernah Dirawat Di Makkah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Selepas Dibawa Pulang Ke Malaysia appeared first on Borak Daily.