Pernah Jadi ‘Rider’ Penghantar Barang Kerana Tiada ‘Job’, Akmal Asyraf Tak Anggap Susah Sebagai Ujian - “Saya Tak Segan…”

29 Oct 2026 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Pernah Jadi ‘Rider’ Penghantar Barang Kerana Tiada ‘Job’, Akmal Asyraf Tak Anggap Susah Sebagai Ujian - “Saya Tak Segan…”

Sebelum ini, tular perkongsian pelakon, Akmal Asyraf yang memaklumkan dia melakukan kerja sambilan sebagai seorang ‘rider’ e-hailing bagi mencari pendapatan ketika tidak menerima tawaran berlakon sepanjang Ramadan tahun lalu.Sungguhpun begitu, situasi tersebut tidak membuatkan pelakon berusia 30 tahun ini berasa malu untuk melakukan pekerjaan tersebut.Ujar Akmal, pekerjaan separuh masa yang dilakukan itulah yang berjaya membantunya menampung komitmen kewangan yang perlu diselesaikan.“Saya tidak segan. Sebelum KUDRAT 1968: High Council saya memang sudah buat kerja sambilan itu sebab tiada apa yang perlu saya berlagak di dalam dunia ini.“Tapi sekarang saya sudah tidak buat lagi kerja itu. Sebelum ini buat kerana desakan hidup.“Kalau saya boleh memilih untuk kerja sebagai pemandu e-hailing atau tidak, sudah tentu tidak sebab jiwa saya di dunia seni,” katanya kepada Gempak.Akmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada Isnin.Mengulas lanjut, Akmal tidak menganggap kesukaran yang dilaluinya sebagai satu ujian hidup, sebaliknya menganggap ianya sebagai sebahagian daripada perjalanan setiap manusia.“Saya tidak rasa melakukan kerja sambilan sebagai rider e-hailing itu sebagai ujian hidup sebab saya percaya dalam dunia ini ada yang lebih senang dan yang lebih susah daripada kita.“Saya percaya kesusahan setiap orang itu berbeza dan masing-masing mempunyai perjuangan tersendiri.“Kita hanya mampu bermain (menjalani) kehidupan dengan cara tersendiri. Saya okay sahaja melakukan pekerjaan itu,” tambahnya.Dalam perkembangan lain, Akmal bakal tampil menerusi filem KUDRAT 1968: High Council.Selain Akmal, filem arahan Zulaikha Zakaria ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harit, Evertts Gomes dan ramai lagi.KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat di pawagam bermula 29 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved