
Kisah seorang pemuda dikenali sebagai Haziq yang pernah tular susulan konflik keluarga beberapa tahun lalu kembali mencuri perhatian, namun kali ini dengan perkhabaran yang jauh lebih menggembirakan apabila dia berjaya menamatkan pengajian dan bergelar Leftenan Muda.
Menerusi perkongsian di TikTok, Haziq meluahkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya selepas melalui tempoh sukar, termasuk kehilangan ibu ketika baru memulakan kehidupan di universiti serta berdepan konflik bersama ibu saudaranya.
Kisah Haziq sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas rakaman audio yang mengandungi kata-kata kecaman dipercayai ditujukan kepadanya dan adik-beradiknya tersebar di media sosial. Dalam rakaman berkenaan, kedengaran pelbagai kata-kata kasar dan penghinaan, selain Haziq didakwa tidak dibenarkan kembali ke rumah berkenaan.
Namun selepas beberapa tahun berlalu, Haziq memilih untuk menjadikan pengalaman pahit itu sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan dan membuktikan kemampuannya.
“Terima kasih untuk setiap kata-kata yang pernah dilontarkan. Walaupun pedihnya menghiris segala rasa di hati, walaupun sakitnya seakan-akan meruntuhkan seluruh harapan, namun pada hakikatnya ketahuilah bahawa setiap hinaan itulah mengajarkan diri ini untuk berdiri, bertahan dan terus melangkah,” tulisnya.
@zulhaziyqqqq iya, hinaan ini pernah bergema 3 tahun yang lalu.. Terima kasih untuk setiap kata-kata yang pernah dilontarkan. Walaupun pedihnya menghiris segala rasa di hati, walaupun sakitnya seakan-akan meruntuhkan seluruh harapan, namun pada hakikatnya ketahuilah bahawa setiap hinaan itulah mengajarkan diri ini untuk berdiri, bertahan dan terus melangkah, biarpun jalan yang ditempuh itu tidak sentiasa menjanjikan kemudahan. Siapa sangka? permulaan perjalanan di universiti yang tidak begitu baik dek kerana pemergian ibu, akhirnya berubah kepada pengakhiran yang begitu indah. Begitu banyak pencapaian, kejayaan dan kenangan yang dapat diraih dan dirasai sepanjang 3 tahun di sini. Mungkin inilah hikmah yang tuhan janjikan.. Setiap satu perkara ini sememangnya tidak mampu diraih tanpa doa dan semangat yang hadir daripada semua. Terima kasih kerana pernah menitipkan doa dan sentiasa memberi semangat tatkala diri ini rapuh, tatkala segalanya mulai goyah dan tatkala perjalanan serasa berat untuk diteruskan. Setiap doa, kata-kata dan sokongan yang diberikan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan diraih dan impian yang selama ini diidamkan mampu untuk dicapai… amin 💫
Baca juga:
‘Raja Penyu’ kembali ke negeri paling bahagia, bertelur 70 biji di Kuala Abang
AMANAH desak MB Negeri Sembilan mohon pembubaran DUN
‘Pembesar sepatutnya jadi pendamai, bukan batu api’ – Akmal Saleh
Menurut Haziq, permulaan kehidupannya di universiti tidak berjalan dengan baik susulan pemergian ibu, namun perjalanan selama tiga tahun itu akhirnya memberikan pelbagai pencapaian, kejayaan dan kenangan yang cukup bermakna buat dirinya.
“Siapa sangka? Permulaan perjalanan di universiti yang tidak begitu baik dek kerana pemergian ibu, akhirnya berubah kepada pengakhiran yang begitu indah. Begitu banyak pencapaian, kejayaan dan kenangan yang dapat diraih dan dirasai sepanjang tiga tahun di sini. Mungkin inilah hikmah yang Tuhan janjikan,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut menghargai individu yang tidak pernah berhenti mendoakan dan memberikan semangat kepadanya terutama ketika berada dalam keadaan rapuh dan hampir hilang kekuatan untuk meneruskan perjalanan.
Katanya, setiap doa, kata-kata serta sokongan yang diterima akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya, selain berharap lebih banyak kejayaan dapat dicapai pada masa akan datang.
Dalam satu perkongsian di sebuah stesen radio, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan ibu saudara selepas kisah tersebut berlalu kira-kira dua hingga tiga tahun, Haziq memaklumkan mereka kini tidak lagi berhubung.
The post Pernah tular kisah dihalau ibu saudara, Haziq kini bergelar Leftenan Muda appeared first on The Reporter.





![[VIDEO] Pak Cik Zakaria tular lagi, netizen simpati pakat sedekah ‘online’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-18-at-10.22.49-AM-1024x802.jpeg)
