“Perpaduan Perlu Dibela, Sikap Sanusi Amat Dikesali Sehingga BN Pun Halau Dia Keluar Daripada N9” – Nga Kor Ming

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:24 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Perpaduan Perlu Dibela, Sikap Sanusi Amat Dikesali Sehingga BN Pun Halau Dia Keluar Daripada N9” – Nga Kor Ming

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mendakwa bahawa pendekatan politik bersifat perkauman termasuk seperti yang dibawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini tiada tempat di Negeri Sembilan.

Menurutnya, Negeri Sembilan dibina atas semangat perpaduan dan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup sebagai sebuah keluarga besar tanpa mengira jenis bangsa.

‘Rakyat Perlukan Politik Membina Bukan Yang Toksik’ – Nga Kor Ming

Tambahnya, rakyat kini lebih bijak memilih dan menilai corak politik yang terbaik untuk kepentingan negeri, dan bukannya yang mampu mencetuskan perpecahan dalam kalangan penduduk.

“Rakyat abad ke-21 memerlukan politik yang membina dan bukannya politik toksik yang hanya membawa kemusnahan. Perpaduan perlu dibela, keharmonian perlu dipertahankan.

“Sebab itu, sikap Sanusi itu amat dikesali sehingga Barisan Nasional (BN) pun halau dia keluar daripada Negeri Sembilan,” katanya semalam (29 Julai), lapor MalaysiaGazette.

‘Gunakan Undi Sebagai Mesej Kepada Sanusi Bahawa Semua Kaum Adalah Sebuah Keluarga’ – Nga

Dalam ucapannya itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menggesa orang ramai supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini sebagai mesej yang jelas kepada Sanusi.

“Gunakan undi kita untuk menghantar satu mesej kepada Sanusi bahawa Melayu, Cina dan India di negeri ini ialah satu keluarga.

“Kita semua anak Malaysia dan politik perkauman tidak ada tempat di bumi bertuah Negeri Sembilan,” tegasnya.

Kenyataan Sanusi Guris Hati Kaum Lain

Sebelum ini, kecoh apabila Sanusi dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Julai lalu didakwa telah mengguris hati bangsa lain selepas mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu perkauman.

Beliau menyatakan selain orang Melayu masyarakat lain seperti Cina dan India masing-masing mempunyai negara asal mereka sendiri.

Kenyataannya itu kemudian dikritik pelbagai pihak termasuk Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid yang mengingatkannya agar tidak bermain dengan isu yang melibatkan kaum dan agama sepanjang berkempen.

Pun begitu, ada ahli politik yang didakwa menyalahtafsir kenyataan Sanusi sehingga menyebabkannya membuat laporan polis dan menghantar surat tuntutan (LOD) antaranya, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Ramai Lagi Akan Terima” – Kenyataan Diputar Belit, Sanusi Hantar LOD Kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor

Hanya PH Ada Calon Menteri Besar Yang Mewakili Semua Kaum – Nga

Dalam pada itu, Nga yang mengulas tentang PRN Negeri Sembilan berkata Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya gabungan yang telah mengumumkan calon Menteri Besar, iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun.

Jelasnya, rakyat berhak mengetahui siapakah calon yang bakal mentadbir negeri sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan.

“Barisan Nasional tidak ada calon Menteri Besar, Perikatan Nasional (PN) tidak ada calon Menteri Besar dan Bersatu pun tidak ada calon Menteri Besar.

“Hanya Pakatan Harapan mempunyai calon Menteri Besar iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun yang mewakili semua kaum,” tambahnya.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai, Bukti Rakyat Yakin Dengan Kepimpinan Negara – Nga Kor Ming

Baca Artikel Berkaitan: NGO Gesa Kerajaan Pecat Kor Ming Berhubung Cadangan Jadikan Kampung Baru Cina Tapak Warisan Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Dipersoal Kerana Sering Guna Kalimah Orang Islam, Nga Kor Ming Beri Penjelasan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved