Perplextiy Akan Perkenal Versi Beta Untuk Pelayar Web Diintegrasikan AI Mereka Seawal Minggu Hadapan

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 11:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity merupakan salah satu firma memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan, dan terkenal dengan penawaran mereka untuk carian dikuasakan kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, dalam mencapai lebih ramai pengguna, mereka turut akan memperkenalkan pelayar web tersendiri, dinamakan Comet.

image is not available

Berkongsi berkenaan dengannya, pembangunnya mengatakan Comet bakal diperkenalkan dalam bentuk beta kepada para penguji seawal minggu hadapan. Penawaran ini akan hadir untuk pengguna Windows terlebih dahulu, dan seterusnya untuk Mac.

Disamping itu, Perplexity turut menyasarkan pengenalan pelayar web mereka untuk Android pada tahun ini. Melalui pelayar web mereka, ia dijangka mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan, dan akan membantu pengguna dalam melakukan sejumlah pelayaran dan menyelesaikan beberapa tugasan berulang dengan mudah.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan minggu hadapan dalam mencuba pelayar web Comet oleh Perplexity ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved