Persahabatan Jep & Shuib Hampir 20 Tahun, Shuk Sahar Minta Orang Ramai Jangan Cepat Menilai - “Kita Hanya Tahu Kisah…”

30 Oct 2026 • 10:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Persahabatan Jep & Shuib Hampir 20 Tahun, Shuk Sahar Minta Orang Ramai Jangan Cepat Menilai - “Kita Hanya Tahu Kisah…”

Pelawak, Shuk Sahar mencuri perhatian ramai apabila tampil mengulas mengenai persengketaan yang berlaku antara pelawak, Jep Sepahtu dan Shuib.Menerusi perkongsian podcast Netizen Corner, Shuk atau nama penuhnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar berkata Jep dan Shuib telah bersahabat hampir 20 tahun.Justeru, Shuk berpendapat orang ramai tidak seharusnya membuat andaian berdasarkan apa yang dilihat di televisyen atau platform digital semata-mata kerana mereka tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik persahabatan kedua-dua pelawak itu.“Shuib dengan Jep ini, kalau kau dengar video terbaharu permohonan maaf Shuib itu mereka telah berkawan selama 20 tahun. “Kita hanya tahu kisah mereka berdasarkan di TV dan Tiktok. Kita tak tahu apa yang jadi sedalam-dalam cerita,”katanya.Mengulas lanjut, Shuk berkata meskipun dia lebih rapat dengan Shuib, namun perkara itu tidak bermakna dia mempunyai sebarang masalah dengan Jep.“Disebabkan aku banyak dengan Shuib, kalau aku banyak keluar cerita, pastilah side aku akan banyak berat dengan Shuib. Dalam masa sama, aku tiada masalah dengan Jep,”ujarnya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved