
Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) menduduki tempat kesembilan keseluruhan dalam kategori kelab pada Kejohanan Terbuka Remaja Asia Ke-2 merangkap kem latihan kelolaan Persekutuan Karate Asia dan anjuran Persatuan Karate Cina di Linping, Hangzhou, China dari 12-16 Ogos.
Walaupun hanya menghantar sebuah pasukan dengan enam anggota, mereka berjaya meraih dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam acara lima hari itu.
Pada kejohanan tahun lalu yang diadakan di Wuhan, China, SKA diwakili 19 atlet dan menduduki tempat ketujuh dalam kategori sama hasil kutipan satu emas, lima perak dan empat gangsa.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pemenang pingat emas tahun ini ialah Neyo Chai Xiao Le (individu kata lelaki bawah 14 tahun) dan Danish Rayyan Rajis (individu kata lelaki kadet).
Satu-satunya pingat perak diperoleh Al-Zovainz Zurizal (kadet lelaki -63kg), manakala pingat gangsa disumbangkan Muhammad Farish Danish Mohd Saidin (junior lelaki -61kg) dan Putra Rayn Nazwan Heryzuan (junior lelaki -55kg).
Kontinjen itu diketuai oleh jurulatih Farlin Veroney M Frederick dan Mahfudz Azeem Ag Hashim, dan atlet lain dalam pasukan itu ialah Muhd Noah Hidayatullah.

