Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi

4 Feb 2024 • 12:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Destinasi OOTD anda yang seterusnya adalah di Inanam, Sabah

Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi. Adakah anda pernah ke maze sebelum ini? Jika anda tidak tahu apa itu maze, ia adalah rangkaian laluan yang direka sebagai teka-teki yang mana seseorang itu perlu mencari jalan keluar.

Bagi mereka yang minat, sebuah kafe di Inanam kini menawarkan maze terbesar dan pertama di Sabah untuk keseronokan anda! Bukan sahaja anda boleh memasuki maze itu untuk keseronokan, tempat ini juga menawarkan pemandangan yang menarik – sesuai untuk sesi bergambar.

image is not available
Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi

Makanan yang menyelerakan dan suasana kafe yang menenangkan

Selain maze, anda boleh mencuba makanan yang menyelerakan sambil menikmati suasana yang tenang di 1Heart Maze Cafe.

image is not available
Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi. Kredit foto: Denny Lim via Kia FB

Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan western seperti chicken chop dan burger serta makanan tempatan seperti nasi lemak ayam.

Bukan sahaja maze mereka menawarkan tempat bergambar yang menarik, kafe ini juga mempunyai suasana estetik – sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar makanan dalam persekitaran yang menarik.

image is not available
Pertama Dan Terbesar Di Sabah, 1Heart Maze Cafe Di Inanam Yang Anda Harus Kunjungi. Suasana dalam kafe. Kredit foto: Facebook

Dan semestinya, benda yang menarik pengunjung adalah maze yang terbesar di Sabah, hanya di belakang kafe sahaja.

image is not available
Pandangan dari udara, lihat betapa besarnya maze ini! Kredit foto: Facebook

Maklumat penting

Lokasi: 1 Heart, Love. Finding. Maze CL 015403758, Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: 8:30am- 8:30pm

Hubungi mereka: 014-653 9697

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/carocafe-kota-kinabalu-yang-anda-wajib-cuba

https://www.iloveborneo.my/ini-3-kafe-klasik-estetik-di-sabah