
Kota Kinabalu: Pertandingan sukan tradisional tahun ini anjuran bersama Lembaga Sukan Sabah, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Kementerian Belia dan Sukan dan KDCA sempena sambutan Pesta Menuai akan diadakan di SMK Bahang, Penampang pada 24-25 Mei.
Sembilan disiplin yang dirangka oleh jawatankuasa penganjur bagi peserta ialah gusti lengan, tarik tali, melastik, menyumpit, membujak, menjerat kerbau, menghidupkan api, terompak gergasi dan rampanau.
Ia terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah percuma. Pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai, pingat dan sijil.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Cabutan bertuah juga akan disediakan untuk mereka yang menghadiri acara tersebut dan hadiah utama pada hari kedua ialah sebuah motosikal selain hamper, barangan sukan dan barangan elektrik.
Lebih 10 pasukan termasuk beberapa dari Semenanjung dan Brunei setakat ini mengesahkan penyertaan mereka dalam acara tahunan itu bertujuan mempromosikan sukan tradisional untuk generasi akan datang serta menyemarakkan semangat perayaan.
Pendaftaran untuk menyertai semua disiplin dibuka sehingga hari program selain “tarik tali’ yang ditutup pada 23 Mei ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di akaun Facebook rasmi Lembaga Sukan Sabah atau menghubungi Stewart Anak Eddy Jampang (019-5304166) dan Mohd Khairul Lamba (014-6518781).

