Pertikaian pengebumian jenazah: Masjid serah kepada JAIS keluar kenyataan

26 Jun 2026 • 11:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pertikaian pengebumian jenazah: Masjid serah kepada JAIS keluar kenyataan

SHAH ALAM, 26 JUN: Pihak pengurusan Masjid Nurul Hidayah yang didakwa menahan satu pengebumian di Ampang pada Khamis, menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan kontroversi itu.

Wakil pengurusan masjid memaklumkan JAIS dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tular berkaitan pertikaian urusan pengurusan dan pengebumian itu, lapor Sinar Harian.

“Semua penjelasan berhubung isu tersebut telah diserahkan kepada JAIS untuk tindakan serta kenyataan lanjut.

“Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak JAIS untuk memberikan penjelasan rasmi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan berlaku pertikaian dalam urusan pengurusan jenazah sehingga proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana tertangguh lebih sejam.

Menerusi hantaran tular itu, sebuah badan kebajikan mendakwa telah menguruskan jenazah atas permintaan waris, namun timbul isu berkaitan permit pengebumian serta dakwaan caj RM1,400 yang dikatakan dikenakan oleh pihak pengurusan masjid.

Hantaran itu turut mendakwa proses pengebumian hanya dapat diteruskan selepas wakil pengurusan masjid hadir di tanah perkuburan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved