Pertikaian urusan jenazah: Waris, wakil BKS adakan sidang akhbar petang ini

28 Jun 2026 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pertikaian urusan jenazah: Waris, wakil BKS adakan sidang akhbar petang ini
Waris bersama wakil BKS dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan isu kelewatan urusan pengebumian jenazah.

SHAH ALAM - Waris bersama wakil Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) dijadual mengadakan sidang akhbar pada Ahad berkaitan isu kelewatan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Mr Wan Cai Official yang menyatakan sidang akhbar berkenaan akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

"Sidang media bersama waris dan wakil BKS pada 28 Jun 2026, jam 2.30 petang. Insya-ALLAH, siaran langsung akan dibuat sepanjang sidang media berlangsung," menurut hantaran itu.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa kelewatan urusan pengebumian jenazah tersebut berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, kelewatan itu berlaku akibat kekeliruan waris yang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian kepada BKS yang tidak mempunyai hubungan dengan pihak masjid.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid meminta bayaran RM1,400 bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah dilaksanakan.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan daripada waris berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved