Pertuduhan bekas COO TH ditangguh kerana masalah jantung

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 10:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pegawai polis jatuh

SHAH ALAM: Pertuduhan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) yang dikaitkan dengan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditangguhkan kerana tertuduh perlu menjalani rawatan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mewakili tertuduh dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Katanya, tertuduh kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dimasukkan ke wad pada 31 Ogos lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 24 September ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa individu yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk orang kenamaan, bagi membantu siasatan berhubung Laporan RCI T  dijangka didakwa di mahkamah hari ini dan esok.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, cadangan pertuduhan itu dilakukan susulan hasil penelitian enam kertas siasatan oleh pasukan khas pada 31 Julai lalu.-UTUSAN

The post Pertuduhan bekas COO TH ditangguh kerana masalah jantung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved