Peruntukan RM5 juta untuk sokong sukarelawan belia: Rina

11 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Peruntukan RM5 juta untuk sokong sukarelawan belia: Rina

TAWAU: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi menyokong program sukarelawan belia dalam perkhidmatan kebajikan, kata Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Rina Jainal.

Beliau berkata peruntukan itu meliputi pelaksanaan 266 program sukarelawan dan enam program latihan di seluruh negara.

“Program RHYTHM – Ritma Kehidupan Harmoni adalah inisiatif sukarelawan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan memberi tumpuan kepada penyertaan belia dalam perkhidmatan kebajikan.

“Bagi Program Warga Emas Sihat peringkat daerah Tawau hari ini, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) telah menerima peruntukan yang mencukupi untuk menampung pelaksanaan program sehingga majlis penutup di sini,” katanya ketika melancarkan Program RHYTHM – Sukarelawan Belia dalam Perkhidmatan Kebajikan, di Dewan Dato Abdullah Jaapar, Cawangan Kastam Tawau.

Rina berkata, Kerajaan akan terus menyokong usaha memperkasa warga emas supaya menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

“Kerajaan, melalui portfolio perkhidmatan kebajikan, akan terus menyokong usaha memperkasa warga emas serta institusi seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), supaya mereka dapat terus menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan bermaruah.

“Bagi program di Tawau hari ini, kita menyasarkan penyertaan 100 warga emas sebagai penerima manfaat, dengan sokongan 30 sukarelawan belia,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program bagi berinteraksi dengan warga emas, termasuk senamrobik, ceramah sokongan psikologi untuk penjaga warga emas, ceramah rakan digital untuk warga emas, ceramah pertolongan cemas serta pertandingan karaoke untuk warga emas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved