Angkat berat dapat suntikan RM1 juta

18 Aug 2026 • 5:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Angkat berat dapat suntikan RM1 juta

 

KUALA LUMPUR: Kejayaan luar biasa di Sukan Komanwel Glasgow 2026 membuka jalan lebih besar buat sukan angkat berat negara apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi memperkukuh pembangunan sukan berkenaan.

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), termasuk usaha memperkemaskan kemudahan, kejurulatihan serta pembangunan atlet.

Taufiq berkata, pencapaian tersebut kini perlu diterjemahkan kepada sasaran lebih besar apabila KBS mahu melihat dominasi angkat berat di pentas antarabangsa menjadi pencetus kepada usaha memburu emas pertama Olimpik negara.

“Sukan angkat berat telah berjaya membawa pulang tujuh pingat iaitu lima emas, satu gangsa dan satu perak dan ini juga adalah pencapaian yang terbaik bagi saya.

“Sudah pasti kita ingin melihat bahawa sasaran pingat emas ini membawa kepada pingat emas pertama Olimpik,” katanya.

Lebih menarik, suntikan berkenaan bukan sekadar menambah peruntukan operasi PABM apabila Pusat Latihan Angkat Berat Rompin, Pahang akan dinaik taraf dengan cadangan untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat Kebangsaan.

“Kita bersetuju untuk melantik jurulatih sepenuh masa untuk ditempatkan di Pusat Latihan Angkat Berat Rompin yang akan turut memberi tumpuan kepada pembangunan atlet wanita,” katanya.

Dalam masa sama, Taufiq berkata kuota atlet angkat berat di bawah Program Pelapis MSN akan ditambah selepas SUKMA Selangor 2026, selain seorang pegawai kekuatan dan kondisi sepenuh masa akan diwujudkan untuk skuad kebangsaan.

“Kita akan menambah kuota atlet angkat berat di bawah program pelapis MSN selepas temasya SUKMA Selangor 2026 dengan keutamaan kepada atlet yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi,” katanya.

Untuk rekod, kem angkat berat muncul penyumbang pingat terbesar Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan tujuh pingat, iaitu lima emas, satu perak dan satu gangsa, sekali gus melepasi sasaran lima emas negara.

The post Angkat berat dapat suntikan RM1 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved