Pesakit Covid-19 Boleh Mengundi Sabtu Ini Tetapi Perlu Patuhi Langkah Am KKM – Dr Noor Hisham

Entertainment
14 Nov 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang sudah maklum, Sabtu ini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) akan diadakan bagi membentuk kerajaan baharu dan ia menjadi tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia untuk turun mengundi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu, mereka yang disahkan dijangkiti Covid-19 juga boleh melakukan kewajipan tersebut dengan mematuhi langkah-langkah am yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, petugas kesihatan juga ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melancarkan urusan pengundian bagi pengundi yang positif Covid-19.

Tweet tersebut memberitahu beberapa langkah termasuklah sentiasa memakai pelitup muka buat mereka yang dijangkiti wabak tersebut dan amat digalakkan bagi pengundi lain.

Selain itu, pesakit Covid-19 juga tidak dibenarkan untuk menaiki mana-mana kenderaan awam termasuklah menggunakan perkhidmatan E-Hailing, mereka juga dilarang untuk singgah ke mana-mana lokasi lain sebelum dan selepas mengundi.

Mereka juga perlu sentiasa mensanitasi tangan menggunakan pensanitasi yang disediakan malah disyorkan untuk membawa alatan pembersihan sendiri.

Penjarakan sosial turut sentiasa dipatuhi bagi mengekalkan keselamatan pengundi-pengundi lain.

Selamat mengundi semua!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.