Susulan isu tular sebuah premis makanan di luar negara yang memaparkan wajah pelanggan kerana didakwa tidak membuat bayaran, ramai mula membandingkan cara sesuatu institusi menangani isu hutang dan tunggakan.
Di Malaysia, hospital dan klinik pernah berdepan pesakit yang keluar wad tanpa menyelesaikan bayaran. Ada dalam kalangan mereka warga tempatan. Ada juga warga asing. Ada juga Ibu bersalin keluar wad dengan anak yang baru dilahir dengan tidak membayar bil.
Tetapi Malaysia tidak pernah jadikan wajah mereka sebagai bahan viralkan ramai-ramai.
Kesihatan adalah milik semua tanpa mengira status, jantina dan warganegara.
Bukan kerana tiada kerugian. Bukan kerana sistem kita sempurna. Tetapi kerana ada beza antara menuntut hak dengan menjatuhkan maruah manusia.
Hospital ada prosedur. Ada rekod. Ada bil. Ada tindakan susulan. Ada saluran pentadbiran dan undang-undang.
Tetapi wajah orang sakit, orang susah, orang yang mungkin sedang panik, miskin, keliru atau terdesak tidak dijadikan poster untuk dihukum oleh netizen.
Itulah beza besar antara mengurus masalah dengan emosi, dan mengurus masalah dengan prinsip.
Sebab hari ini mungkin kita marah kerana ada orang tidak bayar.
Tapi esok, kalau ahli keluarga kita sendiri berada dalam keadaan lemah, sakit, tak cukup duit, tersilap faham atau terdesak, kita juga berharap mereka tidak diaibkan di depan satu dunia.
Menegur itu hak.
Menuntut bayaran itu hak.
Tetapi memalukan manusia sampai hilang maruah bukanlah tanda kita kuat. Kadang-kadang ia cuma tanda kita sudah terlalu biasa menghukum sebelum memahami.
Dalam dunia yang semakin cepat viralkan orang, marilah kita belajar satu perkara:
Tidak semua hutang perlu dibayar dengan aib.
#PublicHealthMalaysia
#Kemanusiaan
#EtikaSosial
#KesihatanAwam
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.




