
Tindakan seorang penunggang motosikal yang membantu melancarkan perjalanan sebuah ambulans dari Jaya Gading ke Hospital Tengku Ampuan Afzan mencuri perhatian ramai selepas rakaman aksinya tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video tersebut, lelaki berkenaan dilihat membantu petugas kesihatan mengawal aliran trafik bagi memberi laluan kepada ambulans yang membawa pesakit dalam keadaan kecemasan. Tindakannya yang dilihat spontan itu membantu melancarkan pergerakan ambulans walaupun ketika situasi jalan raya sesak.
Aksi lelaki berkenaan yang kelihatan bergaya santai seperti penunggang muda biasa, lengkap dengan beg galas dan botol air, turut mencuri perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai berjiwa prihatin walaupun masih muda.
Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan beliau yang disifatkan sebagai berani dan penuh empati, malah mendoakan kebaikan buatnya atas bantuan yang diberikan kepada petugas kesihatan dan pesakit.
Dalam masa sama, hantaran tular itu turut disertakan ucapan terima kasih daripada pihak yang terlibat, yang menyatakan penghargaan atas bantuan lelaki berkenaan sehingga ambulans berjaya tiba di zon merah hospital dengan selamat walaupun berdepan kesesakan lalu lintas.
“Harap kuasa thread dapat sampaikan ucapan terima kasih dekat adik rider AJN 7660 ni. Nampak macam Gen Z, tengok beg gaya student muda siap botol air…Tapi empathy tinggi… Siap escort ambulan kami dari Jaya Gading Kuantan sampai la ke HTAA. Asbab pertolongan awak,patient sampai jugak ke red zone HTAA dengan selamat despite the traffic chaos,” katanya.

Baca juga:
Agong zahir pandangan, nasihat hala tuju pembangunan Kuala Lumpur
DAFC nafi dakwaan produk mengandungi ulat
Keluarga terus berdoa, nantikan khabar baik Jaslinda
Menariknya, di ruangan komen, lelaki tersebut tampil memberikan respon dengan rendah hati.
“Ya Allah akak, saya la tuan badannya. Semoga urusan mangsa dipermudahkan, saya hanya membantu setakat saya mampu je. Terima kasih semua atas doa, semoga doa itu berbalik kepada kita semua insya-Allah,” tulisnya.
Tindakan kecil tetapi bermakna itu sekali lagi membuktikan bahawa keprihatinan masyarakat mampu memberi impak besar dalam situasi kecemasan, terutama apabila bantuan segera diperlukan di jalan raya.
The post Rider muda raih pujian, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA appeared first on The Reporter.



![“Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-bantu-iring-ambulans-800x467.jpg?t=1780454899)
![Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Anggota-Polis-Bantu-Tunda-Motosikal-Pemuda-Sampai-Bengkel.jpg?t=1779682585)

