Dua beradik maut masuk parit selepas berlanggar dengan kereta

8 Oct 2026 • 9:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua beradik maut masuk parit selepas berlanggar dengan kereta

PASIR SALAK – Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.29 pagi.

Katanya, kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris dan motosikal Yamaha Y15.

“Setibanya jentera di lokasi didapati kereta Toyota Yaris telah berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa cedera iaitu Mohamad Nor Afifi Harun, 31, di dalam kereta namun mangsa tidak tersepit.

“Penunggang dan pembonceng motosikal yang maut turut berada di dalam parit. Mereka ialah Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan adiknya, Adam Danial, 18.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota untuk mengangkat ketiga-tiga mangsa menggunakan stretcher.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian manakala mangsa yang parah iaitu pemandu Yaris dibawa ke Hospital Seri Iskandar.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua beradik maut masuk parit selepas berlanggar dengan kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved