Pesawat dinaiki petugas awam biar setanding seperti dinaiki menteri

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 1:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesawat dinaiki petugas awam biar setanding seperti dinaiki menteri

IPOH – Pesawat atau pengangkutan udara yang dinaiki petugas awam seharusnya sama kualiti seperti yang dinaiki menteri-menteri di negara ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. R. Thirunavukarasu berkata, dia tidak menolak keperluan kritikal perkhidmatan kesihatan udara kerana untuk keperluan masyarakat.

“Kita setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mahathar Abd. Wahab yang memaklumkan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) tidak boleh dihentikan kerana keperluan masyarakat.

“Tetapi kerajaan harus pastikan pesawat yang dinaiki itu kalau menteri-menteri boleh naik yang bagus kenapa sektor kesihatan tak boleh naik pesawat yang bagus? Jadi apakah ada pilih kasih (double standard)? Jadi kena pastikan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di Hotel AC di sini hari ini.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan lima individu berada di dalam helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang STOL Long Lellang di Miri, Sarawak dan mengorbankan Kapten Zainol Afiq Sham Bee, pegawai perubatan, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin bersama pembantu pegawai perubatan, Alexson Adit dan dua jururawat, Debra Moset serta Jessie Paya.

Mengulas lanjut, Thirunavukarasu berkata, aspek-aspek lain yang perlu diberikan perhatian ialah bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara sebanyak RM30 yang tidak berubah sejak diperkenalkan pada 1978.

“Petugas kesihatan yang dikerahkan bagi misi kesihatan dalam negara sama ada melalui udara, darat atau laut didapati tidak menerima perlindungan insurans perjalanan dan kemalangan diri khusus yang setara dengan perlindungan bagi pegawai awam yang menjalankan tugas rasmi di luar negara. Kelompangan dasar ini mesti ditangani dengan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pesawat dinaiki petugas awam biar setanding seperti dinaiki menteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved